Wednesday, May 5, 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY CHRIS BROWN!!

Friday, March 12, 2010

Selamat pagi kami ucapkan kepada Cikgu Yustina Endon,guru matapelajaran Bahasa Melayu.Kami akan mebentangkan sebuah wawancara atau dialog yang bertajuk Keruntuhan Akhlak Remaja.Saya,Tia dan Amalina dalam kelas yang sama manakala,Yusra dan Rafidah kelas yang sama. Sementara menunggu masa untuk masuk kelas tambahan,kami terserempak di kantin sekolah dan sempat berborak sebentar.Perbicaraan kami adalah seperti berikut:

Tia dan

Amalina: Hai Yusra dan Rafidah.Lama tak jumpa.Apa khabar?

Yusra: Sihat je.

Rafidah: Sihat walafiat.

Amalina: Apa yang engkau berdua bercakap tadi?tak berhenti-henti je cakap tu.Ada berita tergempar ke?

Yusra: Tak adelah.Cikgu kelas kami tadi.Dia bercerita tentang keruntuhan akhlak remaja.Akhlak remaja ini menjejaskan banyak perkara lah.

Tia: Betul cakap awak tu.Masalah ini membimbangkan rakyat.Mengikut pandangan saya,punca-punca keruntuhan akhlak remaja ini datangnya dari media massa.

Amalina: Ya.Saya pun rasa begitu juga.Media massa seperti televisyen sering memaparkan aksi-aksi yang berunsur negatif yang dapat mempengaruhi sahsiah seseorang remaja.Mereka mudah berasa kagum oleh aksi-aksi yang dipaparkan.

Yusra: Manalah mereka tak begitu.Fikiran mereka tu lagi mentah dan mereka tidak tahu membezakan yang mana perbuatan yang baik dan yang mana perbuatan yang buruk.

Rafidah: Selain televisyen,,internet juga menjadi punca kebobrokan akhlak remaja.Terdapat banyak laman web yang menyiarkan video lucah,aksi-aksi keganasan dan kekejaman,contohnya,laman “Youtube”.Apa-apa sahaja yang ditonton dan didengari akan mempengaruhi pemikiran dan personaliti seseorang remaja.

Amalina: Saya juga merasai bahawa keruntuhan akhlak remaja ini juga berpunca dari ibu bapa yang sering menimbulkan kecelaruan dan tekanan jiwa dalam kalangan anak-anak.Keluarga yang porak-peranda menyebabkan remaja mengalami tekanan,seterusnya,terlibat dalam jenayah.

Tia: Mereka terlibat dalam jenayah juga kerana remaja berasa mereka tidak disayangi oleh ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka sibuk dalam mengerjakan kemewahan dan sibuk bertengkar tentang perkara yang remeh-temeh akibat kehidupan yang tegang dan meruncing.

Rafidah: Selain itu,Ibu bapa tidak meluangkan masa bersama anak-anak mereka untuk berinteraksi atau berkomunikasi tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak.Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa tersisih.

Yusra: Ibu bapa sekarang sudah banyak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.Mereka tidak memperdulikan aktiviti anak mereka dan membebaskan anak mereka dalam melakukan apa sahaja.Ibu bapa bertanggapan bahawa mereka memahami anak-anak mereka kerana ibu bapa pernah melaui zaman remaja juga.Tetapi mereka tidak sedar bahawa zaman dahulu dan zaman sekarang “ibarat langit denagn bumi”

Amalina: